Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,000 dipindah banjir makin teruk di Kanada

    MONTREAL, 30 April – Lebih 10,000 orang dipindahkan dari rumah mereka di timur Kanada beberapa hari kebelakangan ketika banjir musim bunga memecah rekod yang tercipta pada tahun 2017, menurut para pegawai semalam, dengan amaran bahawa air surut mungkin mengambil masa berminggu-minggu.

    Sementara itu operasi sedang dijalankan untuk menyelamatkan binatang-binatang peliharaan di kawasan itu yang terpaksa ditinggalkan ketika pengosongan.

    Bandar Saintle-Marthe-sur-le-Lac barat Montreal adalah bandar yang paling teruk terjejas yang mana lebih 6,000 orang terpaksa melarikan diri daripada paras air yang semakin naik pada hujung minggu selepas daik semula jadi pecah.

    Banjir di bandar itu ‘dalam keadaan stabil’, Menteri Keselamatan Awam Quebec Genevieve Guilbault memberitahu sidang media.

    “Paras air menurun dan kami harap kami boleh melindungi kawasan ini,” katanya dengan menyatakan kerja pembinaan sekatan batu kelikir baharu sedang berjalan untuk menjauhkan air.

    Kira-kira 9,000 orang berpindah tempat di wilayah Quebec, atau dua kali ganda bilangan dalam tahun 2017, yang telah menyaksikan kejadian banjir paling teruk di rantau itu dalam tempoh setengah abad.

    Dalam keadaan tergegas-gegas melarikan diri daripada paras air yang naik, banyak binatang peliharaan yang ditinggalkan.

    Eric Dussault, yang rangkaiannya iaitu Rangkaian Menyelamat Haiwan mengetuai usaha untuk mencari haiwan-haiwan peliharaan yang terkurung, mengatakan perlindungan kecemasan telah ditubuhkan dan orang ramai yang mempunyai latihan dalam menyelamat haiwan dan pakar dalam kelakuan anjing dan kucing telah dihantar dari rumah ke rumah.

    Dia berkata, “Terdapat banyak haiwan yang perlu kami pindahkan. Kami berusaha dengan senarai ratusan haiwan yang dibekalkan oleh pemilik-pemilik mereka.” –AFP

    Sebuah kereta kelihatan ditenggelami banjir di pinggir bandar Saintle-Marthe-sur-le-Lac, Quebec, Kanada. Lebih 10,000 orang dipindahkan ketika banjir memecahkan rekod banjir besar dalam 2017 yang pernah melanda negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda