Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia

    ZAGREB, 11 JULAI – Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, lapor Agensi Berita Croatia (Hina).

    “Angka ini merujuk tentang kita sebagai masyarakat, tentang sikap tidak bertanggungjawab kita,” kata presiden Friends of Animals Luka Oman kepada Hina dalam satu temu bual. Beliau menambah bahawa walaupun angka itu tinggi, terdapat kesedaran yang semakin meningkat bahawa meninggalkan haiwan adalah tidak boleh diterima.

    “Keadaan akan menjadi lebih teruk jika kami tidak berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini. Kami percaya bahawa jumlah haiwan yang ditinggalkan akan berkurangan jika kami terus meningkatkan kesedaran, meminda dan menguatkuasakan undang-undang, kembiri, mikrocip dan menggalakkan pengambilan haiwan peliharaan berbanding pembelian,” kata Oman.

    “Tidak ada sesiapa yang perlu menjaga haiwan, tetapi jika mereka memutuskan untuk melakukannya, mereka harus bertanggungjawab,” tegasnya.

    Pada April tahun ini, undang-undang berkuat kuasa yang memperuntukkan hukuman penjara bagi mereka yang meninggalkan haiwan dan melarang individu yang telah melakukan penganiayaan terhadap haiwan daripada memelihara haiwan.

    Oman berkata bahawa meninggalkan haiwan mempunyai semua elemen kesalahan jenayah dan hukuman penjara bagi mereka yang meninggalkan haiwan adalah sangat wajar. – Bernama

    Seekor anjing kecil bertali berenang di kawasan air pancut, di sebelah seekor lagi anjing kecil, di tengah-tengah Zagreb, pada 9 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda