Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,000 pekerja hotel lancar mogok di seluruh AS

    NEW YORK, 2 SEPT – Seramai 10,000 pekerja hotel telah melancarkan mogok di seluruh Amerika Syarikat (AS) kelmarin, pada kemuncak cuti hujung minggu di mana berjuta-juta rakyat AS dijangka mengadakan perjalanan.

    Mogok itu telah dilancarkan di 25 buah hotel di lapan bandar termasuk Boston, San Francisco dan Honolulu, ketika para pekerja menuntut kenaikan gaji dan kembali kepada jumlah kakitangan sebelum COVID-19.

    Hotel dari rangkaian Hilton, Hyatt dan Sheraton terjejas di mana 5,000 pekerja mengadakan mogok di ibu negara Hawaii dan Honolulu sahaja, menjejaskan 10,557 bilik, menurut kesatuan UNITE HERE yang melancar mogok tersebut.

    Kesatuan itu berkata dalam satu kenyataan ‘banyak hotel mengambil kesempatan ke atas pandemik COVID-19 untuk mengurangkan kakitangan dan perkhidmatan hotel menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

    Wartawan AFP melihat pemogok berkenaan mengendali barisan piket di beberapa buah hotel di Boston, sementara perhimpunan telah dirancang hari ini.

    “Kini industri perhotelan mencatatkan keuntungan yang tertinggi manakala pekerja dan perkhidmatan penginap hotel disisihkan. Terlalu banyak hotel masih belum mampu memulihkan perkhidmatan standard yang layak diterima oleh tetamu, seperti pengurusan dan perkhidmatan bilik,” tambah presiden antarabangsa kesatuan itu, Gwen Mills.

    Menurut data tempahan daripada kumpulan permotoran AAA, perjalanan domestik keseluruhan pada hujung minggu cuti Hari Pekerja meningkat sembilan peratus berbanding tahun lepas.

    Kira-kira 17 juta penumpang merancang mengadakan perjalanan hingga Rabu, kata Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan AS dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda