Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan

    BANDARAYA GAZA, 2 JAN – Lebih kurang 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.

              “Selepas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit kanser kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan,” kata pengarah hospital, Dr Subhi Skaik dalam satu kenyataan kelmarin.

              Beliau menekankan bahawa pesakit-pesakit itu tidak mempunyai akses kepada ubat-ubatan merawat kanser.

              Skaik menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk membantu memulihkan hospital itu, sambil menyifatkannya sebagai “tempat perlindungan tunggal bagi pesakit kanser di Gaza.”

              Pada akhir Oktober, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menamatkan operasi selepas dibom tentera Israel.

              Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 21,978 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 57,697 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – Bernama

     

    Penunjuk perasaan berhimpun semasa Mogok Global untuk Gaza! sebagai sokongan kepada rakyat Palestin berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada 1 Januari, di daerah Brooklyn, New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda