Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,000 Rohingya sedia masuki Bangladesh

    COX’S BAZAR, Bangladesh, 3 Okt – Lebih 10,000 orang Islam Rohingya telah berkumpul di Myanmar berhampiran tempat penyeberangan masuk ke Bangladesh, kata media Myanmar hari ini, jelasnya bersedia untuk menyertai penghijrahan beramai-ramai menyeberangi sempadan akibat kekurangan makanan dan kebimbangan diserang di tanah air mereka yang kebanyakan penganut Buddha.

    Lebih 500,000 Rohingya telah masuk ke Bangladesh dalam masa lima minggu lalu dan bilangan itu semakin bertambah, meningkatkan keraguan tentang kepraktikalan cadangan Myanmar untuk mula merepatriasikan mereka.

    Negeri Rakhine utara Myanmar hampir kosong, tinggal setengah daripada penduduk Rohingya dalam masa beberapa minggu lalu.

    Ramai yang berpindah ketika ketidakselamatan menekan mereka untuk meninggalkan kampung berkenaan yang sejauh ini menjadi keganasan paling buruk yang melanda negeri itu.

    Serangan daripada militan Rohingya pada 25 Ogos mencetuskan tindak balas tentera Myanmar yang PBB katakan membawa kepada ‘pembersihan etnik’.

    Pelarian Islam Rohingya menaiki sebuah trak untuk memasuki kem pelarian selepas mereka menyeberangi sempadan dari Myanmar, di Teknaf, Bangladesh pada 2 Oktober. – AFP

    Lebih 10,000 ‘Muslim’ tiba ‘antara kampung Letphwekya dan Kwunthpin untuk berhijrah ke negara jiran’, lapor akhbar Global New Light of Myanmar hari ini.

    Kerajaan Myanmar enggan untuk mengiktiraf Rohingya sebagai kumpulan etnik berlainan, sebaliknya menggelar mereka ‘Muslim’ atau ‘Bengalis’ – kod bagi penghijrah haram dari Bangladesh.

    Pihak berkuasa telah cuba untuk menenangkan Rohingya yang lari bahawa mereka sekarang selamat di Rakhine, tambah laporan itu, namun mereka mahu pergi ‘atas kemahuan mereka sendiri’.

    Keganasan kelihatannya sudah mulai surut di utara Rakhine, walaupun laporan bebas masih lagi ditegah oleh sekatan tentera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda