10,000 warga dipindahkan kebakaran terbaru di Perancis

MARSEILLE, 26 Julai – Sekurang-kurangnya 10,000 orang dipindahkan semalaman selepas kebakaran liar terbaru berlaku di selatan Perancis, yang telah mencetuskan kebakaran secara besar-besaran dan telah memusnahkan kebanyakan kawasan hutan, kata pihak berkuasa hari ini.

Kebakaran terbaru itu berlaku sehari selepas Perancis meminta pertolongan Eropah untuk menangani kebakaran yang sudah melarat ke kawasan tumbuhan kering di Selatan, termasuk berhampiran kawasan peranginan popular Saint-Tropez.

“Pemindahan sekurang-kurangnya 10,000 itu adalah berikutan kebakaran yang berlaku secara besar-besaran, menggandakan atau tiga kali ganda penduduknya pada musim panas,” kata pegawai bomba berhampiran Bormes-les-Mimosas di pantai Mediterranean.

Bilangan mereka di Cote d’Azur di Perancis pada bulan Julai dan Ogos tatkala pelancong menuju ke pantai, walaupun kawasan tersebut mengalami musim panas yang kering dan panas menjadikannya sangat terdedah kepada kebakaran.

Pada hari Selasa lebih 4,000 anggota bomba dan tentera yang disokong oleh 19 pengebom air telah bergelut untuk memadamkan api.

Orang ramai melihat asap naik di atas hutan tatkala kebakaran hutan dekat dekat La Londe-les-Maures di Riviera Perancis, pada 26 Julai, 2017. Sekurang-kurangnya 10,000 orang dipindahkan semalaman selepas kebakaran liar terbaru berlaku di selatan Perancis. – AP
Orang ramai melihat asap naik di atas hutan tatkala kebakaran hutan dekat dekat La Londe-les-Maures di Riviera Perancis, pada 26 Julai, 2017. Sekurang-kurangnya 10,000 orang dipindahkan semalaman selepas kebakaran liar terbaru berlaku di selatan Perancis. – AP

Sekurang-kurangnya 12 anggota bomba mengalami kecederaan dan 15 pegawai polis yang terjejas akibat penyedutan asap sejak kebakaran berlaku pada hari Isnin, menurut pihak berkuasa.

Kebarakan yang berlaku pada hari Selasa telah memusnahkan sekitar 4,000 hektar (15 batu persegi) tanah di sepanjang pantai Mediterranean, di pedalaman pergunungan dan di pulau Corsica.

Dengan keadaan angin yang kuat, kerajaan meminta rakan-rakan Kesatuan Eropah untuk menghantar dua pesawat pertempuran kebakaran tambahan – permintaan segera dipenuhi oleh Itali, menurut EU.

Tetapi satu pegawai kesatuan mengutuk apa yang dikatakannya adalah kekurangan alat ganti yang menghalang semua pesawat yang diperlukan daripada bertindak.

Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb mengumumkan pada hari Selasa bahawa Perancis akan menambah enam lagi pesawat pemadam kebakaran ke armada semasa lawatan ke Corsica. – AFP