Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    100,000 dipindahkan, taufan ancam India dan Pakistan

    MANDVI, INDIA, 14 JUN – Lebih 100,000 orang telah dipindahkan dari laluan taufan menuju ke India dan Pakistan, dengan peramal hari ini memberi amaran ia boleh memusnahkan rumah dan menumbangkan tiang elektrik.

    Biparjoy, yang bermaksud bencana dalam bahasa Bengali, bergerak merentasi Laut Arab dan dijangka mendarat sebagai ribut siklon yang sangat teruk petang esok, kata pemantau cuaca kerajaan.

    Angin kencang, gelombang ribut dan hujan lebat diramalkan akan membadai pantai sepanjang 325 kilometer antara Mandvi di negeri Gujerat India dan Karachi di Pakistan.

    Jabatan Meteorologi India meramalkan ribut akan melanda dekat pelabuhan Jakhau di India lewat esok, memberi amaran tentang kemusnahan total rumah tradisional dan rumah jerami.

    Di laut, angin bertiup pada kelajuan sehingga 180kmsj, kata peramal.

    Ketika ia mendarat, kelajuan angin diramal mencecah 125-135 kilometer sejam, dengan tiupan angin sehingga 150kmsj. – AFP

    Penduduk tempatan menaiki kenderaan ketika mereka melarikan diri dari perkampungan pantai akibat Taufan Biparjoy yang semakin hampir, di Golarchi dekat Badin, daerah selatan Pakistan di wilayah Sindh, 14 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda