100,000 Orang terima suntikan vaksin sehari

COPENHAGEN, DENMARK, 12 APRIL – Menteri Kesihatan Denmark mengisytiharkan hari ini ‘hari vaksin besar,’ dengan 100,000 orang menerima suntikan vaksin dalam sehari ketika pegawai menguji sistem sebelum pelancaran pada Jun di mana empat kali ganda jumlah orang akan divaksinkan setiap hari.

Suntikan akan diberikan di 68 buah pusat inokulasi di seluruh negara yang mempunyai hampir 6 juta penduduk. Jumlah tersebut adalah lebih rendah esok.

Menteri Magnus Heunicke berkata penduduk Belanda akan ‘mencatat rekod baharu,’ dan menggesa orang ramai tiba tepat pada masanya.

Sebahagian besar program vaksinasi akan diadakan di Copenhagen dan kawasan sekitarnya, di mana satu pertiga daripada penduduk tinggal.

Di pusat pameran Oeksnehallen di bandar Copenhagen di mana pondok sementara vaksinasi didirikan dalam bangunan yang pernah menempatkan lembu untuk disembelih, rancangannya adalah memvaksinkan 6,000 orang.

“Tidak adanya masa rehat dan ia akan berlangsung berterusan dengan orang mengambil vaksin secara bergilir-gilir,” beritahu ketua pusat vaksinasi Oeksnehallen Lone Munk Andersen kepada penyiar TV2. “Tidak ada satu pondok yang harus dibiarkan kosong.”

Setakat ini, 868,461 orang, atau hampir 15 peratus daripada jumlah penduduk, telah menerima suntikan pertama dan 445,566 orang, atau hampir 8 peratus telah menerima kedua-dua dos.

Soeren Riis Paludan, profesor virologi dengan Universiti Aarhus di bandar kedua terbesar Denmark, memberitahu penyiar Belanda DR bahawa apabila penduduk Belanda menerima suntikan vaksin ‘asas penutupan masyarakat akan lenyap tidak lama lagi.’ – AP

Seorang lelaki menerima suntikan vaksin COVID-19 tatkala Orkestra Simfoni Aalborg bermain di pusat vaksinasi di Arena Nord di Frederikshavn, Jutland, Denmark kelmarin. – AP