Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000kg sampah dikutip

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Sebanyak 1,000 kilogram sampah berjaya dikutip dalam kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE)serta jabatan-jabatan di bawahnya di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan sama-sama menyertai kempen berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan MOFE serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Kempen dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti senaman pemanasan badan sebelum kempen kebersihan persisiran pantai dimulakan.

    Kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut, Coastal Marvel, adalah salah satu inisiatif bagi menyahut saranan Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu kebersihan di persisiran pantai yang berpunca daripada serpihan laut, terutamanya sisa plastik.

    Di samping itu, aktiviti itu juga mengeratkan silaturahim dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan warga kerja MOFE.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew turut serta dalam kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut di Taman Rekreasi Pantai Muara, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda