Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    1,001 Bricks hasil pencipta bakat terpendam

    TUNIS – Di Medina, Tunis, karya seni pada dinding bertajuk ‘1001 Bricks’ mempamerkan bakat-bakat pencipta yang terpendam termasuk pelajar seni, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang tercicir dari sekolah.

    Diketuai oleh artis Switzerland, Anne Francey, projek itu bermula sejak setahun melalui bengkel yang menghasilkan sebuah mural besar yang diperbuat daripada bata tanah liat yang diukir dan dicat, menggambarkan semula pemandangan bandar.

    Karya seni besar itu kini menghiasi sebuah dataran di bandar lama, ibu kota Tunisia yang tersenarai dalam UNESCO.

    Pencipta utama karya itu adalah mereka “yang tidak kelihatan, golongan yang kurang penting, golongan OKU dan mereka yang dipinggirkan dan tidak begitu diiktiraf,” kata Francey, yang berusia 68 tahun.

    Walaupun menghadapi cabaran, projek itu melibatkan golongan yang luas dengan 550 peserta termasuk profesional seni, pelajar dan ahli AGIM, sebuah persatuan untuk orang-orang dengan gangguan sistem saraf.

    Francey mengarahkan seorang pemuda yang terdiri daripada golongan OKU semasa menghasilkan mural yang diperbuat daripada tanah liat. Semua yang menyumbang kepada projek ini meninggalkan kesan peribadi mereka. – AFP
    Projek ‘1001 Bricks’ bermula sejak setahun lalu dihasilkan oleh bakat-bakat pencipta yang ‘tidak kelihatan’ di Medina, Tunisia. – AFP
    Sekumpulan anak muda kelainan upaya mengambil bahagian dalam penciptaan karya seni di sebuah institut yang menawarkan program pendidikan, seni dan sosial di La Marsa, pinggir bandar Tunis. – AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP

    Mohamed Boulila, seorang jurulatih AGIM, menyatakan bahawa semua yang menyumbang kepada projek itu meninggalkan sentuhan peribadi mereka.

    “Kami mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu perkara meskipun banyak cabaran dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa kami bukan sahaja boleh dianggap sebagai OKU,” kata Boulila, yang juga termasuk dalam golongan OKU, semasa bengkel.

    Samia Souid, 56, seorang guru veteran di AGIM, mengatakan bahawa projek itu memberikan kesan positif kepada golongan belia.

    “Kanak-kanak yang tidak boleh bercakap meluahkan perasaan dan idea mereka,” melalui projek itu, katanya.

    Setiap kumpulan pencipta ‘membayangkan sebuah bandar metafora’ dengan peserta AGIM memberikan tumpuan kepada sebuah bandar cabaran, menghasilkan ukiran yang serupa dengan seni kontemporari.

    Disokong oleh sebuah yayasan Switzerland, projek itu menggunakan bata tanah liat kerana ketersediaannya dan penggunaan meluas dalam pembinaan di Tunisia.

    Inisiatif itu mengikuti projek Francey pada tahun 2019 bertajuk ‘1001 Hands’, yang diilhamkan oleh kisah dongeng ‘Seribu Satu Malam’, menekankan cerita yang bersilang tanpa henti, katanya.

    Francey menyatakan bahawa ‘projek seni melibatkan penyertaan’ seperti ini adalah jarang dan sukar dilakukan pada skala global, kerana ia mencabar tradisi karya seni dari atas ke bawah.

    Karya seni itu membantu menghimpunkan penciptaan “orang dari pelbagai status sosial,” daripada pelajar seni bina kepada juvenil, penganggur, mereka yang terjerat dalam penyalahgunaan dadah dan golongan yang tidak diambil berat oleh masyarakat.

    Ia adalah “cara untuk bersatu melalui projek pembinaan yang membuat kami mengimpikan masyarakat yang harmoni meskipun kepayahan yang dihadapi oleh negara,” katanya.

    Lebih daripada itu, mural itu juga merupakan satu kenyataan mengenai ruang awam, kerana dataran tempat pemasangan dinding itu dibuat telah diabaikan sejak bertahun-tahun, sehingga dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah dan tempat letak kereta sehinggalah ia diubah suai baru-baru ini.

    Raouf Haddad, seorang tukang mengangkat barang berusia 42 tahun di kawasan komersial Hafsia, berkata dia datang ke pusat seni itu setiap hari dan ia membantu apa yang diperlukannya.

    “Keseluruhan Medina itu sepatutnya mempunyai inisiatif seperti ini,” katanya.

    “Terdapat bumbung dan dinding yang runtuh, lorong-lorong gelap di mana orang ramai tidak dapat melaluinya.”

    Dia berharap dataran itu suatu hari nanti akan menjadi seperti Batman Alley, laluan yang dahulunya pernah diabaikan di Sao Paulo, Brazil yang telah diubah oleh seniman menjadi tarikan pelancong dengan pelbagai grafiti yang menarik perhatian.

    Namun, buat masa ini, perkara yang paling penting adalah “1001 Bricks akan membawa kepada projek baharu” di kawasan kejiranan yang penuh dengan “ruang awam yang terbiar dan tidak dimanfaatkan”, kata Firas Khlifi, pengurus projek berusia 28 tahun yang bekerja untuk kesedaran kanak-kanak tentang pemanasan global di kawasan kejiranan.

    Pemasangan itu “akan membawa lebih banyak animasi kerana terdapat beberapa festival” di Medina setiap tahun berkemungkinan akan menggunakan dataran untuk persembahan dan pameran seni, kata Khlifi.

    “Dengan kehadiran keluarga dan kanak-kanak bermain, ia akan meningkatkan komitmen masyarakat dan kepunyaan projek itu,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...