Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    100kg methamphetamine dirampas di Myanmar

    YANGON, 31 DIS – Pihak berkuasa Myanmar merampas 100kg methamphetamine di kawasan selatan Bago, menurut satu kenyataan Jawatankuasa Pusat bagi Pengawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) hari ini.

    Polis menemui 100kg methamphetamine bernilai lebih AS$4.4 juta dalam sebuah kereta dan memberkas seorang suspek. Polis perbandaran memfailkan kes terhadap suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan, menurut kenyataan itu.

    Berdasarkan satu kenyataan terbaharu dikeluarkan Pejabat Presiden, sehingga 26 Disember, sejumlah 1,479 kes berkaitan dadah dicatatkan di seluruh Myanmar dengan 2,257 orang didakwa, semenjak pembentukan Jabatan Aduan Khas Kegiatan Dadah pada 26 Jun 2018. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda