Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Kejohanan Terbuka Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) 2023 bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita akan diadakan pada 3 dan 10 September di Kompleks Sukan Tutong.
Pusingan awal pertandingan telah ditentukan susulan majlis cabutan undi yang diadakan di Bilik VIP Dewan Sukan Menglait pada Rabu lalu.
Seramai 101 pemain termasuk 88 lelaki dan 13 wanita akan bersaing untuk merebut gelaran tertinggi dalam kategori masing-masing iaitu Piala Perseorangan Lelaki Terbuka dan Perseorangan Wanita Terbuka.
Kategori lelaki akan dibahagikan kepada 16 kumpulan manakala kategori wanita dibahagikan kepada dua kumpulan.
Perlawanan akan bermula dari 8:30 pagi dan dijangka tamat pada 9:30 malam.