101 kes baharu di M’sia

PUTRAJAYA, 29 SEPT – Malaysia mencatatkan 101 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kes positif adalah 11,135 dengan kebolehjangkitan adalah 1,062 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada kes baharu itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara dan tiga bukan warganegara dari Myanmar iaitu dua kes di Sarawak, Arab Saudi (satu kes di Sarawak) dan Nigeria (satu kes di Selangor).

“Daripada 97 kes penularan di dalam negara, 93 kes adalah warganegara Malaysia dan empat kes adalah bukan warganegara. “Sebanyak 17 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 63 sejak 20 Sept lepas,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19.  – Bernama