Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    101 pokok ditanam

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan NDMC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Sebanyak 101 anak pokok telah ditanam dalam Acara Penanaman Pokok sempena Protokol Hijau yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan sokongan Jabatan

    Perhutanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada 3 Julai lalu.

    Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada jenis Cassia Fistula, Kapur Bukit, Meranti Kawang Tikus, Mang dan Keruing Sindor.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NDMC, di sini, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) di KHEDN, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari; Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Pengarah NDMC, Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin; Pemangku Timbalan Pengarah NDMC, Awang Shahrin bin Haji Mohd Jawie dan wakil dari Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam serta para pegawai dan kakitangan dari NDMC dan Jabatan Perhutanan.

    Kenyataan menyatakan bahawa majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai
    Pengurusan Bencana NDMC, Awangku Muhammad Naaim Syafi bin Pengiran Haji Besman.

    Acara penanaman pokok itu merupakan salah satu inisiatif NDMC bagi mendukung komitmen KHEDN sebagai salah satu usaha dalam kesiapsiagaan bencana iaitu bagi mengurangkan impak kejadian tanah susur.

    Tambahan lagi, penanaman pokok itu dilaksanakan dengan mengikut Garis Pandu Protokol Hijau untuk mencapai sasaran negara dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

    Awang Misle turut serta dalam acara penanaman pokok berkenaan.
    Awang Mohd Amir Hairil menyertai acara penanaman pokok yang diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada 3 Julai lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda