Monday, November 18, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    10,150 benih ikan siakap dilepaskan ke sungai Kinabenuwa sejak 2021

    LABUAN, 13 OKT – Jabatan Perikanan Labuan melepaskan 2,300 benih ikan siakap ke dalam sungai bakau Kinabenuwa di sini, hari ini.

    Ini merupakan kali kedua benih ikan itu dilepaskan ke sungai sama tahun ini, selepas 2,850 benih ikan siakap dilepaskan bulan Jun lepas.

    Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata ia menjadikan jumlah benih ikan siakap yang dilepaskan di sungai itu telah menjangkau kepada 10,150 sejak inisiatif berkenaan dimulakan pada tahun 2021.

    Beliau berkata inisiatif itu bukan sahaja bermanfaat untuk alam sekitar di kawasan berkenaan, tetapi juga penting untuk kelangsungan mata pencarian nelayan tempatan.

    “Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen jabatan untuk meningkatkan pelbagai hasil tangkapan nelayan tempatan kita,” katanya.

    Selain menyokong industri perikanan tempatan, pelepasan benih ikan siakap ke sungai Kinabenuwa berfungsi memperkaya ekosistem di kawasan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda