Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    104 graduan KIGS terima ijazah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN,27 MEI – Seramai 104 graduan Kolej IGS diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) 2024, yang berlangsung di di kolej berkenaan baru-baru ini.

    Di majlis itu, hadir menyempurnakan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Program secara usahasama dengan LimKokWing Universiti of Creative Technology, Malaysia, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan penganugerahan Sijil-Sijil Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan hadiah bagi pelajar yang memperolehi pencapaian terbaik dan cemerlang tahun ini.

    Berangkat ke majlis itu selaku tetamu khas, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

    Di majlis itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf turut menyampaikan tiga anugerah khas kepada graduan yang memenuhi kriteria penganugerahan, selaras dengan hasrat pengasas Kolej IGS untuk memberi sumber inspirasi dan dorongan kepada belia tempatan bagi mencapai prestasi cemerlang dalam pelbagai aspek pembelajaran, keagamaan dan aktiviti luar akademik.

    Terdahulu majlis penganugerahan ijazah dan sijil kepada graduan IGS,  Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Dr Haji Azaharaini bin Haji Mohd Jamil atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi jawatankuasa induk penganjur, antara lain mengongsikan, kolej IGS sedang dalam proses bekerjasama dengan institut yang bertaraf Antarabangsa di peringkat serantau untuk mempelbagaikan program bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berkemahiran mengikut kehendak semasa dan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.

    “Program pelbagai jurusan yang dikelolakan ini telah diberi pengiktriafan oleh Majlis Kebangsaan Pengiktrifan Kelulusan (MKPK) sejajar dengan keperluan individu, pembangunan indutsri dan kemajuan teknologi dengan menekankan kepentingan aspek kreativiti dan Inovasi khusus dalam bidnag komunikasi, multimedia, pengiklanan, reka bentuk dan juga penyiran,” jelasnya.

    Tema bagi Majlis Konvokesyen kali ini memfokuskan kepada mempertingkatkan keusahawanan digital dimana institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam menyokong dan memperkasa perkembangan keusahawanan digital di abad ke 21dengan menyediakan platform pembelajaran yang bermutu dan berkualiti dalam pelbagai bidang.

    Penerima Anugerah Khas, Nur’Ezzah Azeemah binti Ahmad yang juga penerima Anugerah Kepujian Kelas Pertama, menerima Anugerah Kecemerlangan Pengiran Setia Jaya (PSJ).

    Salah seorang graduan yang diraikan menerima sijil dari tetamu kehormat di majlis itu. – Gambar Lyna Mohamad
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...