Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    105 negara akan dapat pil COVID-19 murah

    GENEVA, 20 JAN – Pengilang ubat generik akan menghasilkan versi pil anti-COVID-19 Merck mampu dimiliki bagi 105 buah negara-negara miskin di seluruh dunia, kata pertubuhan yang disokong PBB hari ini.

    Syarikat global Medicines Patent Pool telah menandatangani perjanjian bersama 27 pengilang untuk menghasilkan ubat antivirus oral, molnupiravir, untuk bekalan di negara-negara berpendapatan sederhana dan miskin.

    “Ini adalah langkah penting untuk memastikan akses global bagi rawatan COVID-19 yang sangat diperlukan dan kami yakin bahawa….rawatan tersebut akan boleh diperolehi di LMICs,” kata pengarah eksekutif MPP, Charles Gore.

    Merck memberikan lesen kepada MPP dalam perjanjian yang diumumkan pada Oktober. Manakala itu, MPP turut mengeluarkan sub lesen kepada pengilang ubat generik.

    Sub lesen itu membolehkan pengilang untuk menghasilkan bahan mentah bagi molnupiravir atau menghasilkan ubat itu sendiri.

    Syarikat-syarikat berkenaan meliputi di seluruh Bangladesh, China, Mesir, Jordan, India, Indonesia, Kenya, Pakistan, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Vietnam.

    Lima pengilang akan menumpu pada penghasilan bahan mentah; 13 akan menghasilkan kedua-dua bahan mentah dan molnupiravir itu sendiri; sementara sembilan lagi akan menghasilkan ubat tersebut.

    Antivirus seperti molnupiravir berkesan dengan mengurangkan keupayaan virus untuk mereplikakan, dengan memperlahankan penyakit tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...