Wednesday, October 16, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    106 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT- Sebanyak 106 pain darah berjaya terkumpul semasa kempen derma darah sempena Sambutan Hari Guru ke-34, Tahun 2024 bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Kempen dibukakan kepada warga Kementerian Pendidikan dan orang ramai, yang akan menyumbang kepada simpanan tabung darah Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Antara objektif kempen berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa, di samping membantu simpanan tabung darah Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.

    Kempen tersebut juga adalah sebahagian daripada aktiviti untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru ke-34, 2024.

    Kempen dianjurkan oleh Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Bahagian Tabung Simpanan Darah, Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda