Monday, January 27, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    107 pendatang cuba seberangi Selat diselamatkan

    LILLE, 26 DIS – Pihak berkuasa Perancis berkata mereka telah menyelamatkan 107 pendatang yang cuba menyeberangi Selat dari Perancis ke England, kelmarin.

    Sepanjang Hari Natal, 12 operasi menyelamat dilakukan di sepanjang pantai utara Perancis, termasuk sebuah bot yang mengalami masalah enjin, kata wilayah maritim Selat dan Laut Utara Perancis dalam satu kenyataan.

    Pada sebelah pagi, 30 penumpang telah diselamatkan dari sebuah bot berhampiran Dunkirk, manakala yang lain di atas kapal telah meneruskan perjalanan dan dibawa ke dalam tahanan British sebaik sahaja mereka tiba di perairan British, kata pihak berkuasa maritim.

    Satu lagi bot yang mengalami kerosakan enjin juga dikesan pada hari itu, berhampiran Dunkirk, dan kesemua 51 penumpang telah diselamatkan.

    Sementara itu, 26 orang juga telah diselamatkan kerana mengalami masalah yang sama pada bot mereka berhampiran Calais.

    Selat Inggeris adalah kawasan yang sangat berbahaya, terutamanya pada kemuncak musim sejuk yang tidak menentu dan untuk bot terlebih muatan,” kata kenyataan itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda