Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    108 pelajar SUPMAA raikan khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai 108 pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Muda ‘Abdul ‘Azim (SUPMAA), Serasa diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, baru-baru ini.

    Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan ketibaan ahli jawatankuasa kerja majlis, diikuti kehadiran para peserta khatam, jemputan serta ibu bapa.

    Ketibaan Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih disusuli dengan bacaan doa sebelum salah seorang peserta memulakan bacaan Al-Quran.

    Tetamu kehormat kemudian mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai, sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuhaa hingga Surah An-Naas oleh para peserta khatam.

    Acara diteruskan dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5, bacaan doa khatam oleh Awang Lud Tharwan bin Mahmud serta bacaan dikir oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5.

    Para pelajar Darjah 6 SUPMAA yang diraikan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda