Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    11 anak yatim Kampung Kilanas terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Kampung Kilanas semalam mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan diselajurkan Malis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim bagi Kampung Kilanas bertempat di Masjid Kampung Kilanas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyerahkan derma pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan tetamu kehormat mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah Sekampung.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian derma berupa wang tunai hasil dari tabung khas kepada seramai 11 orang anak-anak yatim bagi Kampung Kilanas untuk membantu anak-anak yatim berkenaan menempuhi tahun baharu 2024 dan menjalani ibadat puasa dalam bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

    Seterusnya, tujuan utama Majlis Doa Arwah Sekampung itu diadakan bagi menjalankan aktiviti tahunan seperti lazimnya tiap-tiap bulan Syaaban menjelang umat islam mengerjakan amalan membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah bagi memperingati saudara-saudara yang telah meninggal dunia bagi mendoakan kesejahteraan mereka.

    Turut hadir di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Penaung I, AJKT Masjid Kampung Kilanas.

    Di antara yang hadir di majlis tersebut ialah penaung-penaung dan penasihat-penasihat serta AJKT Masjid Kampung Kilanas dan para jemputan khas Penghulu Mukim Kilanas dan ketua-ketua kampung di dalam Mukim Kilanas, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kilanas, anak-anak yatim berserta penjaga-penjaga mereka serta jemaah masjid dan penduduk-penduduk Kampung Kilanas.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyerahkan derma kepada salah seorang anak yatim semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...