Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 anak yatim Kg Burong Pingai Ayer terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 11 orang anak yatim dari Kampung Burong Pinggai Ayer telah menerima sumbangan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Masjid PDI Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Majlis bertujuan bagi meraih keredaan Allah SWT lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dengan pahala yang berlipat ganda.

    Penyampaian derma berkenaan adalah bagi meringankan beban dan memudahkan urusan serta menggembirakan anak-anak yatim pada bulan Ramadan al-mubarak lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    Haji Amir Hisham menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis keagamaan tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda