Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 anggota polis maut di Afghanistan

    KANDAHAR, Afghanistan, 28 Feb – Pegawai Afghanistan berkata sekurang-kurangnya 11 anggota polis telah ditembak dan dibunuh oleh rakan-rakan anggota polis di pusat pemeriksaan di selatan wilayah Helmand.

    Omer Zwak, jurucakap gabenor wilayah, berkata anggota polis itu menukar senapang daripada rakan-rakannya dan membunuh mereka lewat malam kelmarin di Lashkar Gah, ibu kota wilayah.

    Zwak berkata penyerang mengumpul semua senjata api dan peluru dari rakan-rakannya, kemudian melarikan diri dengan kenderaan polis – mungkin untuk menyertai Taliban. Beliau berkata siasatan sedang dijalankan.

    Dr. Din Mohammad di Hospital Lashkar Gah mengesahkan angka kematian itu. Beliau berkata pihaknya menerima 11 mayat, semua dengan keadaan luka akibat kesan tembakan itu.

    Taliban tidak membuat sebarang kenyataan rasmi atau tuntutan mengenai serangan itu tetapi Afghanistan telah menyaksikan beberapa insiden itu sejak beberapa tahun yang lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda