Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 cedera dilanggar suv tanpa pemandu

    ATHENS, 13 JULAI – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tanpa pemandu melanggar sebuah restoran popular di daerah Kolonaki, Athens, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Menurut pihak berkuasa hari ini, insiden berlaku sejurus selepas tengah malam.

    Saluran penyiaran ERTnews melaporkan bahawa kesemua mangsa menerima rawatan di hospital, dengan seorang daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius.

    Siasatan awal polis trafik mendapati brek tangan kenderaan tidak ditarik.

    Kenderaan itu dipercayai meluncur laju menuruni jalan curam, sebelum melanggar sebatang pokok dan akhirnya merempuh luar restoran yang sesak dengan pelanggan.

    Siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian masih dijalankan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda