Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 juta budak perempuan gagal sambung persekolahan

    KINSHASA, 16 OKT – Sebelas juta budak perempuan berdepan masalah tidak dapat kembali ke sekolah selepas sekatan koronavirus dibatalkan di seluruh dunia, kata ketua UNESCO Audrey Azoulay semalam semasa satu lawatan ke Republik Demokratik Congo.

    “Kami bimbang di kebanyakan negara, penutupan sekolah telah membawa kepada kerugian,” kata Azoulay ketika beliau melawat sebuah sekolah tinggi di ibu negara Kinshasa, tiga hari selepas tahun persekolahan 2020-21 bermula di negara itu.

    “Kami menganggarkan 11 juta budak perempuan tidak dapat kembali ke sekolah di seluruh dunia.”

    Sehubungan itu, “kami telah melancarkan kempen kesedaran mengenai keperluan budak perempuan kembali semula ke sekolah,” kata bekas menteri kebudayaan Perancis.

    Pendidikan ‘masih tidak sama taraf’ untuk budak perempuan, kata Azoulay, mendapati akses mereka kepada sekolah merupakan satu dasar utama untuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

    Menteri Pendidikan Congo Willu Bakonga, menemani Azoulay, menggesa beliau supaya menyokong program pendidikan sekolah rendah awam percuma yang dilancarkan oleh Presiden Felix Tshisekedi pada September tahun lalu. Beliau berkata program tersebut membenarkan le-bih empat juta kanak-kanak menyertai atau menyambung semula sistem pendidikan di negara Afrika Tengah.

    Menggesa budak perempuan meneruskan persekolahan mereka ‘seberapa lama mungkin,’ beliau berkata beliau akan menyokong pihak berkuasa Congo dalam ‘usaha besar yang mesti dilakukan demi kualiti pengajaran.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda