Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 juta pelajar China duduki ‘gaokao’

    BEIJING, 7 JULAI – Hampir 11 juta pelajar China yang tertekan, mula menduduki peperiksaan memasuki universiti yang sukar hari ini selepas tertunda sebulan akibat koronavirus, dengan pemeriksa tahun ini bukan sahaja memburu mereka yang suka meniru dan menipu, malahan mereka yang demam.

    Peperiksaan dua hari – dikenali sebagai gaokao di China – merupakan momen kebimbangan tahunan bagi pelajar dan ibu bapa yang mengimpikan menghantar anak-anak mereka ke universiti, namun koronavirus menambah tekanan apabila sekolah-sekolah ditutup selama berbulan-bulan.

    Di sebuah pusat peperiksaan di Beijing, pelajar mengambil swafoto dan berpelukan antara satu sama lain manakala rakan dan keluarga memberi kata semangat sebelum memasuki dewan peperiksaan. Lebih daripada 7,000 pusat peperiksaan dibuka di seluruh China, dengan hampir sejuta pemeriksa atau pekerja lain memantau pelajar, menurut media kerajaan.

    Pegawai bukan sahaja mencari mereka yang meniru atau menipu, malahan pelajar yang demam atau batuk. – AFP

    Pelajar memakai penutup mulut dan hidung berbaris pada hari pertama peperiksaan kemasukan ke unversiti, dikenali sebagai gaokao di Beijing, 7 Julai. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda