Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut, 6 cedera dalam kemalangan jalan raya di Filipina

    MANILA, 11 JULAI – Sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah trak pikap di sepanjang lebuh raya di wilayah Cagayan, utara Filipina awal hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan enam yang lain, kata polis.

    Mejar Polis Antonio Palattao, ketua polis bandar Abulug, tempat di mana kemalangan itu berlaku, berkata dalam satu wawancara radio bahawa bas itu sedang dalam perjalanan ke selatan apabila ia bertembung dengan trak yang memasuki persimpangan lebuh raya utama.

    Palattao berkata, impak kemalangan itu mengheret trak berkenaan ‘lebih kurang 20 meter’, menyebabkan penumpangnya terpelanting ke jalan raya.

    Palattao berkata pekerja penyelamat telah mengeluarkan mayat 11 penumpang trak. Mereka dibawa ke hospital tempatan, di mana mereka disahkan meninggal dunia.

    Beliau berkata pemandu trak itu mengalami kecederaan yang ‘serius’, manakala seorang pejalan kaki, dua penumpang trak, pemandu bas dan pembantunya hanya mengalami cedera ringan.

    Palattao berkata bahawa siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda