Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut akibat runtuhan salji

    SRINAGAR, 7 Jan – Para penyelamat menemukan 11 mayat di wilayah Kashmir yang dikawal India semalam, sehari selepas beberapa runtuhan salji menimpa kenderaan mereka di kawasan Himalaya, menurut pegawai.

    Seramai 13 orang telah dihanyutkan oleh tiga runtuhan yang berlaku serentak di tiga tempat di sepanjang jalan pergunungan kira-kira 10 kilometer (6 batu) di daerah Kupawara kelmarin.

    Pegawai polis Shamsher Hussain mengatakan kira-kira 200 orang polis, tentera dan penyelamat terdiri dari orang awam telah menemukan 11 mayat yang dihanyutkan.

    Manakala, dua orang lagi berjaya diselamatkan dan berkeadaan stabil di hospital, tambahnya.

    Runtuhan salji dan tanah runtuh adalah biasa di Kashmir dan menyebabkan angka kematian yang tinggi bagi tentera India dan Pakistan yang berkhemah berdekatan kawasan pergunungan dan hutan yang dikawal ketat oleh Garisan Kawalan ketenteraan yang membahagikan Kashmir di antara dua negara bersaing senjata nuklear itu.

    Sekurang-kurangnya 20 orang tentera India terkorban dalam runtuhan salji tahun lepas dan runtuhan salji terbesar pada 2012 di Kashmir yang dikawal Pakistan telah mengorbankan seramai 140 orang, termasuk 129 orang tentera Pakistan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda