NEW DELHI, 6 OKT – Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 40 lagi cedera dalam dua insiden kebakaran berasingan di India, hari ini, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan bertingkat di kawasan Goregaon di ibu kota kewangan Mumbai di barat daya negeri Maharashtra, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan hampir 40 orang.
Lima daripada mereka yang cedera dikatakan berada dalam keadaan kritikal manakala empat lagi dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima bantuan awal perubatan.
Menurut laporan media, kebakaran telah berjaya dikawal. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – Bernama


