Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    11 maut dalam kemalangan lombong platinum

    JOHANNESBERG, 28 NOV – Seramai 11 orang pekerja di sebuah lombong platinum di Afrika Selatan maut, manakala puluhan cedera selepas sebuah lif pengangkut yang membawa pekerja rosak, kata pengendali lombong hari ini.

    Syarikat Impala Platinum berkata kemalangan itu berlaku petang kelmarin di lombongnya di Rustenburg, barat laut Johannesburg, ketika pekerja sedang meninggalkan salah sebuah syaf di hujung syif mereka.

    “Kami sangat terkejut dan bersedih dengan kehilangan rakan sekerja kami dan sedang memastikan semua waris telah dihubungi.” kata CEO Impala Platinum (Implats), Nico Muller, dalam satu kenyataan. Syarikat itu berkata 75 orang pekerja cedera dan dipindahkan ke hospital tempatan untuk dirawat.

    Jurucakap Implats, Johan Theron, memberitahu AFP sesetengah daripada mereka mengalami cedera teruk, kebanyakan mengalami patah kaki, dan yang lainnya mengalami cedera ringan. Kemalangan itu berlaku pada jam 5 petang kelmarin apabila lif yang mengangkut pekerja ‘secara tiba-tiba mula menurun,’ menurut kenyataan syarikat. – AFP

    Gambar menunjukkan sebuah tiang 11C di lombong Impala Platinum berdekatan Rustenburg pada 8 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...