KANO, 30 DIS – Periuk api yang ditanam oleh pengganas Boko Haram membunuh 11 pegawai keselamatan termasuk empat tentera di timur laut Nigeria.
Tujuh pemburu yang direkrut untuk membantu tentera memerangi pemberontak Islam terbunuh semalam, ketika kenderaan mereka merempuh periuk api di Kampung Kayamla dekat luar ibu negara Borno Maiduguri.
“Tujuh pemburu mati dalam letupan dan sembilan yang lain cedera parah,” kata ketua militan anti-jihad tempatan, Babakura Kolo kepada AFP.
Kolo berkata, kenderaan yang mereka naiki melanggar periuk api ketika mengejar pemberontak Boko Haram. – AFP