Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut dalam runtuhan tanah

    INDONESIA, 8 JULAI – Sekurang-kurangnya 11 maut dan 35 lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh berhampiran lombong emas haram di pulau tengah Sulawesi, Indonesia, kata seorang pegawai hari ini.

    Lombong tidak berlesen adalah perkara biasa di seluruh kepulauan Asia Tenggara yang kaya dengan mineral, di mana tapak terbiar menarik penduduk tempatan untuk memburu sisa bijih emas tanpa peralatan keselamatan yang sesuai.

    Tanah runtuh melanda sebuah kampung terpencil di daerah Bone Bolango di wilayah Gorontalo lewat Sabtu selepas hujan lebat, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan lebih 24 yang lain masih belum dapat dikesan.

    “Sepuluh orang maut. Angka mangsa yang selamat meningkat dengan ketara daripada lima kepada 20 orang,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, Heriyanto, yang menggunakan satu nama.

    Beliau menambah seorang lagi yang maut masih belum dipindahkan dari lokasi bencana dan tidak termasuk dalam jumlah kematian manakala 35 orang masih hilang.

    Jumlah yang hilang meningkat kerana lebih ramai keluarga melaporkan saudara-mara mereka belum ditemui, kata Heriyanto.

    Sesetengah mangsa adalah pelombong manakala yang lain adalah orang yang mengendalikan gerai berhampiran lombong.

    “Terdapat juga orang yang membuka kiosk di sana. Bukan semuanya penduduk tempatan,” kata pegawai penyelamat itu.

    Beberapa jambatan ke kawasan itu runtuh dan anggota penyelamat terpaksa pergi ke lokasi bencana dengan berjalan kaki kerana keadaan rupa bumi yang sukar, katanya.

    Sekurang-kurangnya 180 orang telah dikerahkan sebagai sebahagian daripada operasi menyelamat, termasuk pegawai polis dan tentera, tambahnya. – AFP

    Anggota menyelamat membawa seorang mangsa runtuhan tanah di kampung Tulabolo di wilayah Gorontalo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda