Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    11 maut dalam serangan Rusia di Syria

    BEIRUT, 13 JAN – Serangan udara Rusia di kawasan padang pasir di timur Syria telah membunuh 11 orang yang disyaki anggota kumpulan Islamic State (IS), menurut laporan pemantau perang hari ini.

    Pemerhati hak asasi manusia Syria, yang memantau korban konflik selama sedekad itu, berkata serangan tersebut tertumpu di kawasan antara Palmyra dan Al-Sukhna.

    “Anggota pertubuhan jihad itu bersembunyi di dalam gua di kawasan ini,” kata ketua balai cerap, Rami Abdel Rahman.

    Serangan itu mengorbankan 11 pejuang IS dan mencederakan sekitar 20 yang lain, beberapa daripada mereka cedera parah, katanya.

    Abdel Rahman berkata beliau telah mengira sejumlah 229 serangan udara Rusia terhadap sasaran di padang pasir Syria pada tahun ini.

    Serangan hari ini adalah yang paling maut seumpamanya sejak November lalu, apabila balai cerap melaporkan 16 terbunuh dalam kumpulan jihad. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...