NEW DELHI, 16 FEB – Kebakaran besar melanda sebuah kilang cat di ibu negara India, New Delhi, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan menyebabkan empat lagi cedera, lapor agensi berita Press Trust of India.
Pegawai bomba berkata bahawa kebakaran bermula lewat kelmarin di tingkat bawah kilang itu, memerangkap mangsa di tingkat atas tanpa jalan keluar. Bangunan itu, yang juga menempatkan gudang kimia, terletak di kawasan Alipur di utara New Delhi.
Punca kebakaran tidak dapat dipastikan dengan segera.
Mayat 11 mangsa yang hangus ditemui daripada runtuhan selepas 22 jentera bomba memadamkan api selepas bergelut lebih lima jam. Mangsa masih belum dikenal pasti.
Kebakaran adalah perkara biasa di India, di mana undang-undang bangunan dan norma keselamatan sering dilanggar oleh pembina dan penduduk. – AP