Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut dibunuh perompak lembu

    NAIROBI, 25 SEPT – Kira-kira 11 orang, termasuk lapan polis dan seorang ketua kampung, telah dibunuh oleh perompak lembu yang mereka kejar di utara Kenya yang dilanda kemarau, kata polis hari ini.

    Kes kecurian ternakan atau pertengkaran kerana sumber air dan penternakan adalah perkara biasa antara komuniti penggembala lembu di utara Kenya.

    Polis berkata dalam Twitter bahawa ‘serangan hendap penjenayah dan pengecut’ dilakukan perompak lembu telah berlaku di daerah Turkana pada Sabtu.

    Lapan yang maut adalah pegawai polis, dua orang awam dan seorang ketua tempatan, menurut mereka.

    Polis yang terbunuh telah mengejar anggota etnik Pokot yang telah menyerang sebuah kampung dan melarikan diri bersama lembu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda