Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut kebakaran kafe Vietnam

    HANOI, 19 DIS – Kebakaran di sebuah kafe di ibu negara Vietnam, Hanoi telah meragut 11 nyawa pada malam kelmarin.

    Menurut media tempatan, kebakaran kira-kira jam 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol, lapor Xinhua.

    VnExpress melaporkan kebakaran kafe itu yang terkenal dengan aktiviti nyanyian dengan pantas merebak ke sebuah rumah berhampiran.

    Polis menemukan 11 mayat dan menyelamatkan tujuh yang lain dengan lima mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil manakala dua lagi dimasukkan ke hospital.

    Polis daerah Bac Tu Liem mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun yang dipercayai suspek dalam kebakaran kafe itu, lapor Agensi Berita Vietnam.

    Polis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap suspek yang tinggal di daerah Dong Anh di Hanoi dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

    Suspek mengaku selepas bertengkar dengan kakitangan kafe, dia membeli petrol dan mencurahkannya ke tingkat satu kafe. – Bernama

    Anggota bomba memadamkan kebakaran di bar karaoke di Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda