Monday, January 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut lombong arang batu runtuh di Pakistan

    ISLAMABAD, 12 JAN – Pasukan penyelamat di selatan Pakistan menemukan mayat 11 pelombong yang terkorban dalam runtuhan lombong arang batu, lapor agensi berita Jerman hari ini, memetik kenyataan pegawai. Insiden itu menyerlahkan kebimbangan berterusan mengenai keselamatan dalam sektor perlombongan di rantau itu.

    “Kami masih mencari mayat seorang lagi pelombong,” kata ketua pegawai lombong Abdul Ghani Baloch, yang berada di lokasi kejadian.

    Lombong arang batu yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, runtuh selepas letupan pada lewat Khamis, menyebabkan semua 12 pelombong tertimbus.

    Pelombong yang terperangkap itu berada pada kedalaman kira-kira 5,000 kaki di bawah permukaan tanah, dan pasukan penyelamat mengambil masa lebih 50 jam untuk mengeluarkan mayat berkenaan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda