Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut selepas minum alkohol tercemar di Istanbul

    ISTANBUL, 15 JAN – 11 orang yang meminum alkohol tercemar di Istanbul telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor agensi berita negara Anadolu kelmarin.

    “Seramai 38 orang, termasuk 26 warganegara asing, telah dimasukkan ke beberapa hospital di bandar itu selepas meminum alkohol tercemar. Sebelas daripada mereka yang menerima rawatan hospital dalam 24 jam terakhir telah meninggal dunia,” katanya.

    Pada tahun 2024, sejumlah 110 orang jatuh sakit selepas meminum alkohol tercemar di Istanbul, dan 48 daripada mereka meninggal dunia, kata pejabat gabenor Istanbul dalam satu kenyataan di X.

    Alkohol yang dicemari dengan metanol dipercayai menjadi penyebabnya, di mana metanol adalah bahan toksik yang boleh ditambah kepada minuman keras untuk meningkatkan keberkesanannya, tetapi boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

    Keracunan akibat alkohol yang tercemar adalah perkara biasa di Turkiye, di mana pengeluaran alkohol secara haram telah meningkat berikutan kenaikan cukai pada minuman beralkohol oleh pihak berkuasa. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda