11 maut serangan bom di Yaman

SANAA, 18 JAN – Sebelas orang terbunuh dalam serangan udara ke atas ibu negara yang dikuasai pemberontak Yaman, seorang saksi dan sumber perubatan memberitahu AFP hari ini, ketika persekutuan diketuai Arab Saudi membalas serangan selepas serangan maut ke atas Abu Dhabi yang menyebabkan ketegangan Teluk meningkat.

Penduduk sedang membersihkan runtuhan untuk mangsa yang terselamat selepas serangan meratakan dua buah rumah di Sanaa, beberapa jam selepas pemberontak Huthi mendakwa serangan dron dan peluru berpandu yang membunuh tiga orang di ibu negara Emiriah.

“Sebelas orang terbunuh. Pencarian masih dijalankan untuk mangsa yang terselamat di dalam runtuhan,” kata Akram al-Ahdal, saudara kepada beberapa mangsa. Sumber perubatan mengesahkan jumlah kematian.”

UAE, sebahagian daripada pakatan diketuai Arab Saudi memerangi pemberontak yang disokong Iran, telah berikrar akan bertindak balas keras terha-dap serangan kelmarin, serangan maut pertama yang diakui di dalam sempadannya dan dituntut oleh pemberontak Yaman.

Persekutuan itu melancarkan serangan baru “menyasarkan kem dan ibu pejabat Huthi” di Sanaa hari ini, menurut kenyataan TV Al-Ekhbariya milik kerajaan Arab Saudi di laman sosial Twitter.– AFP

Sebelas orang terbunuh dalam serangan udara ke atas ibu negara yang dikuasai pemberontak Yaman. – AFP