Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut tanah runtuh di lombong arang batu

    MUARA ENIM, INDONESIA, 22 OKT – Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah mengorbankan 11 pelombong di Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini, menandakan satu lagi siri kemalangan maut perlombongan di seluruh kepulauan Asia Tenggara.

    Kejadian berlaku di sebuah lombong haram terletak di kampung Tanjung Lalang di Daerah Muara Enim, kira-kira 4 petang waktu tempatan, kata ketua unit operasi dan kecemasan wilayah, Iriansyah.

    Mangsa-mangsa berada kira-kira 20 meter di bawah tanah lombong arang yang tidak berlesen dekat sebuah kampung di wilayah barat Sumatera Selatan pada petang kelmarin.

    “Sebelas pelombong tertimbus pada kedalaman kira-kira lapan meter. Lombong arang batu diklasifikasikan sebagai lombong tradisional,” katanya.

    Keadaan tanah bukit di sekitar lokasi kejadian tidak stabil disebabkan hujan lebat, semua mayat sudah dijumpai dan dikeluarkan, kata Iriansyah.

    Lombong-lombong tidak berlesen yang kaya sumber mineral sering menerima insiden kemalangan. – AFP/Bernama

    Kakitangan tentera memeriksa tapak tanah runtuh di lombong arang di Muara Enim, Sumatera, Indonesia pada 22 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda