Wednesday, January 29, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 orang diserang anjing liar

    TOKYO, 7 FEB – Seekor anjing liar menyerang 11 orang, kebanyakannya kanak-kanak yang bermain di sebuah taman di utara Tokyo, hari ini, menyebabkan kecederaan ringan, kata pegawai bomba.

     Anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada polis meminta ambulan untuk menyelamatkan seorang lelaki berusia 40an yang digigit anjing di taman di kawasan perumahan bandar Isezaki di wilayah Gunma, kira-kira 100 kilometer barat laut dari Tokyo.

    Sembilan daripada orang yang diserang adalah kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun dan mangsa ke-10 adalah orang dewasa, kata jabatan bomba Isezaki.

    Kebanyakan mangsa digigit di kaki mereka, katanya. Beberapa orang telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

     Jabatan itu berkata polis menangkap anjing itu dan sedang menyiasat kes tersebut. – AP

    Gambar ini menunjukkan taman tempat laporan anjing liar menyerang orang di Isesaki, utara Tokyo, pada  7 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda