Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pakar pendidikan terima surat lantikan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Seramai 11 orang pakar pendidikan yang berjaya menamatkan Kursus Pakar Pendidikan telah menerima surat lantikan dan sijil tamat kursus pada hari kedua Seminar Pakar Pendidikan ke-4 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Hadir menyempurnakan penyampaian surat lantikan serta sijil tamat kursus kepada para penerima ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

    Seminar Pakar Pendidikan ke-4 yang membawa tema Contemporary Specialisation in Educational Practices towards Education Excellence dengan sub tema, Effective Instructional Coaching towards Education Excellence itu dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pen-didikan dan berlangsung selama dua hari bermula kelmarin.

    Pada hari kedua seminar berkenaan, empat bengkel selari telah diadakan yang disampaikan oleh calon pakar pendidikan dan diikuti dengan bengkel bertajuk Enhancing Coaching Conversations with Neuro Linguistic Programming (NLP) and Emotional Intelligence (EI) yang disampaikan oleh Ketua Unit Kepakaran, Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Chong Yun Onn.

    Pada akhir seminar berkenaan, resolusi seminar telah disampaikan oleh Chong Yun Onn.

    Seminar bermatlamat untuk memupuk kaedah bimbingan pengajaran dalam meningkatkan amalan pengajaran yang boleh menangani kepelbagaian keperluan pelajar di dalam kelas, menanai kemahiran dan kecekapan yang penting bagi bimbingan efektif, yang mewujudkan perubahan transformasi holistik dalam kalangan pendidik serta mengukuhkan amalan pendidikan yang berdasarkan penyelidikan dan data untuk perbualan bimbingan yang
    berkesan.

    Awang Aliuddin menyampaikan surat lantikan dan sijil tamat kursus kepada salah seorang pakar pendidikan yang diraikan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Pakar pendidikan bergambar ramai bersama sijil tamat kursus mereka. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda