Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    11 pekerja maut gudang terbakar

    NEW DELHI, 23 MAC – Kebakaran gudang di selatan India pada hari ini mengorbankan 11 pekerja.

    Kejadian di bandar Secunderabad negeri Telangana itu menyaksikan risiko keselamatan yang dihadapi pekerja migran miskin yang tinggal di bandar-bandar yang padat. 

    Mangsa yang maut berusia antara 23 hingga 30 tahun dan berasal dari daerah Chapra di negeri Bihar, menurut laporan di laman sesawang akhbar Deccan Chronicle.

    Seramai 12 pekerja terperangkap dalam kebakaran gudang sekerap dan seorang menyelamatkan diri dengan terjun dari aras satu bangunan dua tingkat itu.

    “Tingkat bawah menyimpan bahan sekerap, botol, surat khabar dan lain-lain. Ia kelihatan seperti pelanggaran norma keselamatan dengan semua mangsa lelaki berada dalam satu bilik. Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas,” menurut seorang pegawai.

    Ketua Menteri Telangana K. Chandrashekar Rao dalam catatan media sosial terkejut dengan kejadian itu dan mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 500,000 rupee untuk waris mangsa. – Bernama

    Polis memeriksa tapak selepas satu kebakaran meletus di gudang sekerap di Hyderabad, India kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...