Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pelanggan Perbadanan TAIB terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai 11 orang pelanggan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), hari ini, telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik setelah terpilih sebagai pemenang Promosi Gemilang TAIB 2023 dan Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan London, Airport Mall, Berakas itu ialah Ketua Pegawai Operasi Perbadanan TAIB, Awang Mohd Irfan bin Haji Tajuddin.

    Para pemenang cabutan bulanan kedua bagi Promosi Gemilang TAIB 2023 terdiri daripada Awang Suhandy bin Haji Superapto, Hew Nguh Leng, Haji Azmin Amit, Shim Man Moi, Haji Mansor bin Haji Ahmat, Farah Susantie Hisamonie Koh, Izzati Kipli, Goh Yiam Hong, Badri bin Yussof, Zubaidah HMS dan Yong Chui Seng.

    Para pemenang membawa pulang antaranya TV TCL 4K HDR 65 inci, TV Panasonic 4K HDR Android 50 inci, Acer Chromebook 311, tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Samsung S6 Lite 4, peti sejuk Beko 200L, Redmi Note 12 Pro, mesin basuh Beko 8KG, baucar membeli-belah Hua Ho, baucar Grand Concept dan Xiaomi Redmi Pad

    Manakala itu, Haji Yusfadillah bin Haji Samban merupakan pemenang cabutan bulanan kedua bagi Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023 yang memenangi baucar perjalanan bernilai $500.

    Awang Mohd Irfan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Para pemenang bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Menurut Perbadanan TAIB, Promosi Gemilang TAIB 2023 telah menyaksikan penyertaan daripada golongan pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan termasuk mereka yang membuka Akaun Simpanan Persaraan atau Tekad Haji, perbelanjaan menggunakan kad kredit Perbadanan TAIB dan membuka atau memperbaharui TDC atau Akaun Ar Rizq.

    Penyertaan turut termasuk bagi para pelanggan yang mendaftar ke TAIBVX, mendaftar untuk akaun platinum, menetapkan gaji mereka kepada Perbadanan TAIB dan juga memohon kad kredit Perbadanan TAIB.

    Manakala itu, Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023 adalah bagi para pelanggan yang memohon produk pembiayaan, khususnya pembiayaan peribadi, pembiayaan penyatuan dan pembiayaan kit pendidikan.

    Promosi turut menawarkan hadiah-hadiah utama produk pembiayaan tertentu. Ini merangkumi sebuah kereta Toyota Corolla Cross bagi Pembiayaan Harta dengan hadiah sagu hati berupa pakej pelancongan umrah atau Eropah bernilai $5,500.

    Bagi Pembiayaan Pendidikan, hadiah utama berupa MacBook Air 15 inci bersama Takaful Perlindungan bernilai $2,500 dengan hadiah sagu hati berupa baucar perjalanan $500 dan bagi Pembiayaan Kenderaan Bermotor pula menawarkan Pakej Perjalanan Turkiye/Azerbaijan bernilai $3,400 sebagai hadiah utama dengan Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bernilai $600 sebagai hadiah sagu hati.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda