Friday, July 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    11 pelatih program iSkill kohort kelima diraikan

    Oleh Danial Lim –

    BELAIT, 28 JUN – Seramai 11 pelatih yang berjaya menamatkan program iSkill kohort kelima selepas menjalani penempatan industri mereka di Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd selama tiga bulan telah diraikan di Ballroom Serikandi Cafe & Restaurant, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad bersama Pemegang Kontrak untuk Sokongan Penyelenggaraan dan Integriti Luar Pesisir dari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Chua Kheng Taat.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Serikandi, Revi Bhaskaran, Pengarah Teknikal, Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi dan Pengarah Urusan Serikandi Cafe and Restaurant, Hajah Latifah binti Ambran.

    Dalam ucapan pembukaannya, wakil pihak pengurusan, Shaikh Ahmad Khairi menzahirkan kegembiraannya kerana dapat meneruskan komitmen teguh Serikandi sebagai salah sebuah syarikat yang mengendalikan program iSkill.

    Beliau menekankan dedikasi syarikat dalam menyediakan pendedahan kerja yang tidak ternilai, pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan untuk berjaya dalam industri minyak dan gas.

    “Sejak dimulakan pada April 2022, Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd telah memainkan peranan penting sebagai syarikat yang menghoskan program iSkill, menyokong melalui beberapa kohort, termasuk Kohort kelima yang terkini,” ujar beliau.

    Beliau menambah bahawa sepanjang tempoh tersebut, Serikandi telah membimbing dan melatih kira-kira 103 pelatih dalam pelbagai bidang seperti program Scaffolding, Rigging, dan Marker Fitter.

    Beliau turut menekankan bahawa syarikat telah menawarkan Tawaran Pekerjaan Bersyarat (COE) kepada 20 pelatih, dengan enam daripada mereka kini menyumbang kepada operasi syarikat.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pelatih sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan pencapaian mereka sepanjang tempoh latihan di syarikat berkenaan.

    GAMBAR SERAHAN SERIKANDI OILFIELD SDN BHD
    Para pelatih program bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SERIKANDI OILFIELD SDN BHD

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...