Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    11 pelombong disahkan maut, 26 masih hilang

    LUSAKA, 11 DIS – Sebelas pelombong tidak berlesen telah disahkan mati dan mayat mereka ditemui dari sebuah lombong tembaga terbuka di Zambia selepas tanah runtuh menimbus mereka dalam terowong yang mereka gali bulan lalu. Seorang mangsa yang terselamat telah ditemui tetapi 26 yang lain masih hilang dan dikhuatiri maut hampir dua minggu selepas bencana itu.

    Pasukan penyelamat mengumumkan jumlah kematian terkini lewat kelmarin. Mangsa yang terselamat, seorang lelaki berusia 49 tahun, telah ditarik keluar daripada bawah runtuhan minggu lepas dan sedang dalam pemulihan di hospital, kata Unit Pengurusan Bencana dan Mitigasi, yang menyelia operasi menyelamat.

    Anggota penyelamat turut mendapatkan dua mayat pertama minggu lalu. Sembilan lagi ditemui hujung minggu ini, kata unit pengurusan bencana.

    Pegawai kerajaan berkata seramai 38 pelombong mungkin tertimbus di bawah tanah runtuh di lombong berhampiran bandar Chingola, di jalur tembaga Zambia, walaupun mereka tidak pasti jumlah sebenar.

    Mereka telah bergantung kepada keluarga untuk melaporkan ahli keluarga yang hilang dan kebimbangan semakin meningkat bahawa jumlah kematian boleh meningkat kepada lebih daripada 30.

    “Usaha untuk pulihkan mangsa kemalangan yang masih tinggal sedang berjalan,” kata Unit Pengurusan Bencana dan Mitigasi dalam satu kenyataan.

    Bencana itu berlaku pada 30 November apabila hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan pelombong tertimbus dalam tiga terowong berasingan ketika bekerja di dalamnya pada lewat malam. Hujan juga menyebabkan kawasan sekitar terowong dinaiki air dan penyelamat terpaksa mengepam keluar air dari tapak serta membersihkan batu dan tanah. Tentera turut membantu dalam operasi menyelamat itu.

    Para pelombong diyakini telah menggali bijih tembaga secara haram tanpa pengetahuan pemilik lombong, menyukarkan pihak berkuasa mengetahui dengan tepat berapa banyak yang terperangkap di bawah tanah. – AP

     Pekerja lombong dilihat semasa misi menyelamat di Chingola, sekitar 400 kilometer di utara ibu kota Lusaka, Zambia. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Black Panther terima penghargaan Bintang Hollywood Walk of Fame

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Seorang maut, 170 bangunan rosak dalam insiden kebakaran di Jepun

    TOKYO, 19 NOV – Seorang mangsa maut dalam kebakaran...

    Kemalangan membabitkan 13 kenderaan ragut 2 nyawa, 4 cedera

    SEOUL, 18 NOV - Dua maut manakala empat lagi...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...