Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    11 pemegang kad Baiduri terima hadiah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Seramai 11 orang pemegang kad Baiduri yang bertuah membawa pulang hadiah-hadiah menarik dalam Majlis Penyampaian Hadiah Promosi Your Must-haves in One Place, yang berlangsung di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri hari ini.

    Promosi dengan kolaborasi First Emporium & Supermarket (Cawangan), Batu Satu itu berjalan antara 24 Mac hingga 21 April lalu di mana para pelanggan yang berbelanja jumlah minimum dalam satu resit di cawangan berkenaan atau dalam talian, www.1stemporium.com, secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan untuk memenangi baucar membeli-belah.

    Pada majlis itu, tiga orang pemenang bertuah iaitu Pengiran Haji Mohamad Zahruddin bin Pengiran DP Haji Idriss telah memenangi hadiah baucar membeli-belah berjumlah $2,000, Awang Muhammad Aeizlan Boey bin Abdullah @ William Boey Mun Tah membawa pulang hadiah baucar membeli-belah berjumlah $1,000 dan Nang Nway Nway Lone membawa pulang hadiah baucar membeli-belah berjumlah $800.

    Sementara itu, lapan orang pemegang kad Baiduri lagi membawa pulang baucar membeli-belah berjumlah $200 setiap seorang.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim dan Pengurus Besar First Emporium and Supermarket (Cawangan), Lim Kian Seng.

    Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Bank Baiduri, Ng Yick Wei semasa majlis penyampaian hadiah mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan
    melahirkan keterujaan menjalankan promosi itu dengan rakan kongsi mereka, First Emporium and Supermarket semasa bulan Ramadan.

    Beliau juga berharap dapat terus menyediakan pelanggan mereka dengan pengalaman yang lebih menarik pada masa yang akan datang.

    Davern Lim dan Lim Kian Seng menyampaikan hadiah pertama kepada Pengiran Haji Mohamad Zahruddin.
    Davern Lim dan Lim Kian Seng bergambar ramai bersama para pemenang bertuah pada majlis penyampaian hadiah di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...