Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 pemenang Perbadanan TAIB terima hadiah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 11 orang pemenang bertuah bagi Promosi Gemilang TAIB 2023 dan Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023 anjuran Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah menerima hadiah masing-masing, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas itu ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Seramai 10 orang pemenang cabutan bulanan pertama bagi kempen Promosi Gemilang TAIB 2023 terdiri daripada Haji Merzuki bin Haji Latip, Awang Astriyanizan bin Maisali, Haji Muhammad Sukri bin Haji Othman, Awang Mohd Arman bin Haji Azamain, Hajah Soraya Ernie binti Haji Mornie, Dayang Raya binti Naim, Nguyen Thi My Kieu, Dayang Najibah binti Abdullah, Pengiran Datin Norzana binti Rosli, dan Chung Siaw Ngo.

    Para pemenang membawa pulang antaranya tiket penerbangan ke Bangkok, TCL Google TV 65 inci, baucar Dusty Phobic Car Detailing, Panasonic 4K HDR Android TV 50 inci, Bissel Spotclean Vacuum Pro, baucar membeli-belah Hua Ho, se-terika Philips Perfectcare Compact Plus Steam Generator, Amazfit GTS 4, Electrolux 3 in 1 Cordless vacuum stick, dan Electrolux 20L Microwave Oven.

    Manakala itu, Dayang Norfauziah binti Haji Awang Damit merupakan pemenang cabutan bulanan pertama bagi Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023 yang memenangi baucar perjalanan bernilai $500.

    Datin Hajah Hasnah dan para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Menurut Perbadanan TAIB, Promosi Gemilang TAIB 2023 telah menyaksikan penyertaan daripada golongan pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan termasuk mereka yang membuka Akaun Simpanan Persaraan atau Tekad Haji, perbelanjaan menggunakan kad kredit Perbadanan TAIB dan membuka atau memperbaharui TDC atau Akaun Ar Rizq.

    Penyertaan turut termasuk bagi para pelanggan yang mendaftar ke TAIBVX, mendaftar untuk akaun platinum, menetapkan gaji mereka kepada Perbadanan TAIB dan juga memohon kad kredit Perbadanan TAIB.

    Manakala itu, Promosi Pembiayaan Gemilang TAIB 2023 adalah bagi para pelanggan yang memohon Produk Pembiayaan Perbadanan TAIB, khususnya pembiayaan peribadi, pembiayaan penyatuan dan pembiayaan kit pendidikan.

    Promosi berkenaan turut menawarkan hadiah-hadiah utama produk pembiayaan tertentu. Ini merangkumi sebuah Toyota Corolla Cross bagi Pembiayaan Harta dengan hadiah sagu hati berupa Pakej Pelancongan Umrah atau Eropah bernilai $5,500.

    Bagi Pembiayaan Pendidikan, hadiah utama berupa MacBook Air 15 inci bersama Takaful Perlindungan bernilai $2,500 dengan hadiah sagu hati berupa baucar perjalanan $500 dan bagi Pembiayaan Kenderaan Bermotor pula menawarkan Pakej Perjalanan Turkiye/Azerbaijan bernilai $3,400 sebagai hadiah utama dengan hadiah sagu hati berupa Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bernilai $600.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda