Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 penipuan menyamar ‘kawan lama’ direkodkan di Kota Kinabalu sejak Mac

    KOTA KINABALU, 30 APRIL – Sebanyak 11 laporan berkaitan penipuan menyamar sebagai ‘kawan lama’ diterima di daerah ini membabitkan kerugian RM109,400 sejak Mac sehingga kini, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji.

    Beliau berkata berdasarkan siasatan, kesemua mangsa yang terlibat menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai rakan dan meminta untuk meminjam sejumlah duit.

    “Alasan yang diberikan oleh suspek berkenaan adalah kehilangan telefon dan dompet…selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan, mangsa tidak menghubungi suspek berkenaan.

    “Apabila sedar telah ditipu, kesemua mangsa kemudiannya membuat laporan polis,” kata-nya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda