Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 penumpang, kru pesawat Delta cedera akibat cuaca buruk

    WASHINGTON, 30 OGOS – Seramai 11 penumpang dan anak kapal pesawat Delta dimasukkan ke hospital akibat cedera semalam susulan cuaca buruk ketika penerbangan dari Milan ke Atlanta.

    “Ahli Pasukan Delta Care sudah bergerak untuk berhubung dengan pelanggan di Delta Flight 175 yang mengalami pergolakan sebelum mendarat dengan selamat di Atlanta pada Selasa.

    “Keutamaan kami adalah menjaga pelanggan dan anak kapal kami yang mengalami kecederaan,” kata seorang jurucakap syarikat itu.

    Setakat ini, tidak jelas jumlah sebenar daripada 151 penumpang dan 14 anak kapal yang cedera tetapi ia melebihi 11 orang yang dibawa ke hospital.

    Taufan Idalia sedang bertiup kencang di Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) dan diramalkan mendarat di Florida awal hari ini manakala satu lagi ribut, Taufan Franklin pula sedang berpusing di Atlantik.

    Bagaimanapun, setakat ini, Delta mahupun pengawal selia penerbangan AS tidak mengaitkan pergolakan semalam itu adalah disebabkan taufan berkenaan.

    Seorang jurucakap memberitahu AFP, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, yang melaporkan pergolakan berlaku kira-kira 64 kilometer dari lapangan terbang Atlanta, akan menyiasat kejadian itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda